Tuesday, 7 May 2013

Tempahan, Bayaran, Penghantaran & Pemulangan

Panduan berhubung tatacara penempahan, bayaran, penghantaran dan pemulangan produk Sebatique Collection.

Tempahan

Setelah mengenal pasti produk yg diingini, pelanggan boleh menempah produk tersebut sama ada melalui email atau SMS.

A) Tempahan melalui e-mail

Untuk tempahan, pelanggan boleh menghantar email ke sebatique@gmail.com berserta butiran berikut:

1. Nama Pelanggan
2. No. Telefon
3. Alamat Penghantaran
4. Kod Produk & Kuantiti

Kami akan membalas email tersebut dalam tempoh 24 jam bagi mengesahkan tempahan serta bayaran yg perlu dibayar oleh pelanggan.

B) Tempahan melalui SMS

Selain email, tempahan juga boleh dibuat menggunakan SMS dengan menghantar SMS ke 012-7430669 atau 012-3010410 berserta butiran berikut:

1. Nama pelanggan
2. E-mail
3. Alamat Penghantaran
4. Kod Produk & Kuantiti

Contoh SMS: Taip <SITI> <siti@testmail.com> <No. 1, Jalan 1, Taman Pertama, 52500 KL> <KS021 (2pcs), CF017 (5pcs) , TL003 (10pcs)> dan hantar ke 012-7430669 atau 012-3010410.

Kami akan membalas SMS tersebut dalam tempoh 24 jam bagi mengesahkan tempahan serta bayaran yg perlu dibayar oleh pelanggan.


Bayaran

Setelah menerima email atau SMS pengesahan dan bersetuju dengan amaun yg perlu dibayar, pelanggan boleh membuat bayaran kepada Sebatique Collection melalui kaedah-kaedah berikut:

A) Bayaran secara bank transfer

Bank in (sama ada secara online atau cash deposit machine) ke salah satu daripada akaun bank berikut:

  1. Maybank (Accout No. 153104102407) atas nama SHAHRUNNIZAM OTHMAN.
  2. Bank Rakyat (Account No. TBA) atas nama MOHAMAD AFIF AZHAR

Resit bayaran online hendaklah di email kan kepada sebatique@gmail.com atau SMS amaun yg telah dibayar kepada 012-7430669 atau 012-3010410 sejurus selepas bayaran dibuat. 

B) Bayaran secara Cash On Delivery (COD)

Pembayaran tunai dilakukan oleh pelanggan sewaktu penghantaran produk oleh agen-agen Sebatique Collection di kawasan-kawasan tertentu. Sila rujuk "Penghantaran".

NOTA:
Bagi setiap bayaran yg diterima, pihak Sebatique Collection akan mengeluarkan resit rasmi kepada pelanggan melalui e-mail.


Penghantaran

Setelah menerima bayaran dari pihak pelanggan, kami akan melakukan penghantaran produk melalui kaedah-kaedah berikut:

A) Penghantaran secara kurier

Penghantaran secara kurier oleh POS LAJU ke alamat yg telah ditetapkan oleh pelanggan. Bayaran kurier bergantung kepada kuantiti dan berat produk yg dipesan dan ianya akan diperincikan di dalam email atau SMS pengesahan.

B) Penghantaran percuma

Penghantaran percuma ke kawasan Putrajaya, Subang, Puchong, Shah Alam, Bangi, Kajang dan Seri Kembangan sahaja.


Pemulangan

Sebatique's Collection sentiasa memastikan kualiti produk yg terbaik sebelum ianya dihantar kepada pelanggan kami. Walau bagaimana pun, jika terdapat kerosakan (e.g. manufacturing defects, excluding defects due to transportation) pada produk yg diterima, pelanggan boleh mengemukakan aduan melalui saluran-saluran yg tertera. Pasukan khidmat pelanggan kami akan menghubungi pelanggan berhubung dengan pemulangan dan penggantian produk.


No comments:

Post a Comment